Personal Class Ahmad Sulhan – Memperbaharui Lesen SSM secara online

30 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

29 Ogos 2023 – Encik Ahmad Sulhan telah hadir ke PEDi Linggi untuk mempelajari cara-cara memperharui lessen SSM secara online. Beliau yang mempunyai lesen SSM sebelum ini hanya berurusan di kaunter pejabat SSM sebelum ini dan baru pertama kali ingin membuat pembaharuan secara online.

Beliau diperkenalkan dengan laman web ezbiz.online iaitu laman web khas SSM. Pengurus PEDi juga mengingatkan beliau agar berhati-hati dengan laman web palsu yang hampir serupa dengan laman web SSM ini kerana terdapat penipuan bagi mencuri duit pengguna.

Selain dari cara mengisi maklumat, Encik Ahmad juga diajar cara membuat pembayaran melalui kad debit memandangkan beliau tidak mempunyai perbankan online. Kelas yang berlansung hampir 1 jam ini tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali